Sunday, 13 May 2012
LATAR BELAKANG KELUARGA
Saya mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu, 2 orang kakak, seorang abang, saya sendiri dan seorang adik perempuan. Keluarga saya telah menetap di Melaka lebih kurang 28 tahun disebabkan kedua ibu bapa saya sendiri merupakan orang Melaka dan kini kediaman yang kami diami adalah di Telok Mas,Melaka. Ayah saya merupakan seorang Pegawai Penjara di Sekolah Henry Gurney dan telah berkhidmat lebih kurang 20 tahun lebih manakala ibu saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Kehidupan kami sekeluarga sangat bahagia kerana kedua ibu bapa saya sangat menyayangi kami adik-beradik sama rata dan tidak berbelah bahagi. Kami adik-beradik sedikit gentar dengan ayah kami kerana ayah kami seorang yang garang tetapi garangnya bertempat seperti apabila kami melakukan kesalahan dan tidak mendengar katanya. Walaupun begitu kami sangat menyanyangi ayah dan juga ibu kami kerana telah membesarkan kami 5 beradik dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh dan tanpa pengorbanan mereka kami tidak akan berada di mana kami semua berada sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment